Catatan

Tunjukkan catatan dari 2023

Resipi Donut Gebu Dan Lembut, Ini Cara Salut Gula Supaya Tak Mudah Cair

Imej
  Jom cuba  resepi donut gebu dan lembut  ini. Teksturnya yang lembut dan gebu menjadikan ia snek kegemaran ramai tidak kira usia. Untuk menghasilkan donut yang gebu biasanya memakan masa yang lama. Hal itu kerana adunan perlu direhatkan seketika sehingga ia kembang. Namun begitu, jika anda menggunakan resipi ini, doh hanya perlu direhatkan selama 20 minit saja. Selepas itu, anda sudah boleh menggoreng donut tersebut. Empunya resipi,  Noriza Awang Hamat  turut berkongsikan petua agar gula tidak cair selepas disalut pada donut. Mari ikuti perkongsiannya di bawah. RESEPI DONUT GEBU DAN LEMBUT Bahan-bahan: 1 peket yis 1 1/2 cawan air suam 2 sudu besar gula 2 sudu besar susu pekat Sedikit garam Tepung gandum  cap ros 1 peket 3 sudu besar planta Cara-cara: 1. Satukan yis, air suam, gula, susu pekat dan sedikit garam. Biarkan sehingga yis berbuih. 2. Gaulkan tepung gandum dan planta sehingga menjadi seperti serbuk. Kemudian curahkan air yis yang sudah berbuih tadi. 3. Uli semua bahan sehingg