Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kuih muih

Kuih Kaswi Pandan Lemak

Imej
Assalamuaalaikum.. Petang² ni mau buat apa untuk berbuka puasa?? tak tau nak buat kuih apa? Cubalah resepi ni.. simple lagi menyelerakan! KASWI PANDAN LEMAK Bahan : 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung ubi kayu 1 cawan santan 1 1/2 cawan air perahan daun pandan (3 helai) 3/4 cawan gula pasir 1/2 st air kapur sireh 1/2 st garam 1 biji telur pewarna hijau 1 cawan kelapa parut (putih sahaja) + secubit garam - digaul Cara: 1. Kacau sebati tepung gandum, tepung ubi kayu dan gula bersama air pandan dan telur. Selepas itu campurkan ke semua bahan2 yang lain. Kacau hingga tidak bergentel kemudian tapis. 2. Seterusnya, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di sapu sedikit minyak (saya alas dengan plastik sahaja), jangan tebal sangat dalam 3cm cukup. 3. Kukus hingga masak dalam 20 - 25 minit. Bila telah sejuk, boleh potong dan golekkan dalam kelapa parut yang telah dicampur dengan garam. Sumber: Resepi kuih Kaswi

Karipap Pusing

Imej
Petang yang ceria.. Assalamualaikum, Petang petang ni pekena karipap dengan minuman panas sedap jg ni hahh Mata yang ngantuk pun terus segar kan Ok sepetang ni sis mau share Resepi karipap pusing suka ka edok.. Ok check it out.. KARIPAP PUSING Bahan Kulit Luar: 350g tepung gandum 30g butter 3/4 cawan air 1/2 sudu teh garam Cara-Caranya: Gaulkan tepung dengan butter, satukan garam kedalam air. Masukkan air kedalam tepung sedikit demi sedikit, uli hingga sebati hingga menjadi doh lembut. Bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama. Bahan Kulit Rapuh (dalam): 150g tepung gandum 2 sudu besar tepung jagung 75g butter Cara membuat kulitnya: Satukan tepung,gaul dengan butter hingga menjadi doh. Bahagikan kepada 4 bahagian yang sama. 4 bahagian doh luar (putih) dan 4 bahagian doh dalam (kuning) Bahan2 Inti pilihan kentang: 1kg kentang - dipotong dadu 2 labu bawang besar - dipotong dadu 5 ulas bawang merah* 5 ulas bawang putih* 3 sudu udang keri...