Biskut Cip Coklet Minty Pudina

Sebelum tidur sempat ketik N3 lagi..

Awal tidur hari ni sbb esok kan puasa so tidur la awal hihihi..Esok nak masak weii

Mau masak apa esok??

Nnt kita fikir² dulu..
Then klu sempat sis kongsi N3 sahur 1 ok
Hahaha..belum apa² da ada tajuk N3 utk esok haduiii

Lupakan dulu
Ni mau share Resepi terakhir utk hari ni,
Yg belum pernah sis buat dan dlm perancangan Biskut Raya dalam balang,hahaha..

Dah buat kita share N3
Ok jom tengok Resepi..


Biskut Cip Coklet Minty Pudina




Bahan-Bahannya:

1 Cwn Mentega (lembut pada suhu bilik)
1 ½ Cwn Gula Pasir
2 Biji Telur
1 biji kuning telur
1 Sudu kecil ektrak Pepermint (boleh guna esen atau perisa pepermint jg)
Sedikit pewarna hijau muda
3 ¼ Cwn Tepung gandum
2 sudu kecil Baking Powder
1 sudu kecil Baking Soda
1 sudu kecil cream of Tartar
½ sudu kecil garam
1½ Cwn Cip Coklet


Cara-Caranya:

1. Putar mentega bersama gula sehingga lembut,lebih kurang 3 minit.

2. Masukkan telur dan kuning telur bersama ekstrak mint dan pewarna.

3. Satukan tepung,baking powder,baking soda,cream of tartar,garam,
Kemudian masukkan ke dalam mixer sedikit demi sdikit sampai sebati

4. Masukkan separuh cip coklat
Selebihnya di hancurkan kecil² baru di gaul bersama.

5. Tutup seketika selama 1 jam

6. Sesudah itu pakai 2 sudu makan, kita sudukan sahaja doh td, susun atas dulang pembakar yg sudah di lapis kertas minyak

Anda boleh guna acuan biskut mengikut suka atau bulat² kan saja dan leperkan

7. Selepas selesai susun atas dulang , boleh la di  bakar selama 10 - 15 minit
Dengan kepanasan Oven 150°

8. Sesudah masak.. angkat dan biarkan biskut di atas baking tray beberapa minit dan boleh la di masukkan ke dlm balang biskut

Sumber : Google NadiaMohd


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Biskut Cerelac

IKAN SIAKAP GORENG BERLADA

Biskut Ulat Bulu

Kuih Makmur

kek Lapis Blueberry Kukus

Biskut Almond London

Biskut Tart Nenas

TURUN BERAT BADAN TANPA TAHAN LAPAR,TANPA UBAT DENGAN THERAPANT- INSTANT RESULT๐Ÿ“Œ

Biskut Nestum Kelapa Ranggup