Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Biskut Raya

Biskut Snow White

Imej
Assalamualaikum.. Sibuk la memanjang .. Al maklum dah la puasa² ni mood kelaut๐Ÿ˜… Tapi menyempat la jg buat Biskut utk Raya ni..kalau x buat nak hidang apa org datang nak beraya๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Nak Biskut tunjuk bukan x da budget tp kureng la pulak rasa x menepati Rasa..sis suka hidang apa yg sis rasa sedap..kena dgn tekak sis so kira berbaloi la kan sambil menyelam minum air.. Ok x yah cerita pjg check resepi๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡ Biskut Snow White Bahan A 250 gm Butter/mentega 1 sd makan shortening 100gm gula kastor nak manis boleh guna 150gm 1 sdk esen kopi (kalau tak ada..tukar ke vanilla pun boleh) 1 bj kuning telur Bahan B 2 Cwn tepung gandum 30 gm nestum [kisar] 3 sd makan coffeemate (akak guna susu tepung jer) 30 gm tepung ubi 30 gm serbuk badam Bahan Hiasan/ serbuk roti putih [breadcrumb], coklat masakan Cara-cara:- 1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata. 2. Satukan kesemua bahan B dan masukka...

Kuih Makmur

Imej
Resepi turun temurun Kalau x da x sah Raya.. Resepi x hilang di telan zaman,terbaik Check It out.. Kuih makmur Bahan A : 1 kg tepung gandum, digoreng tanpa minyak hingga gebu 400g minyak sapi Bahan B : 500g kacang tanah, di goreng & di tumbuk kasar 200g gula kaster C 200g susu tepung 250g gula aising Cara² : 1. Satukan bahan A hingga menjadi doh. 2. Dalam bekas lain, satukan pula bahan B. Bentukkan bulat doh tadi, leperkan sedikit, masukkan sedikit inti kacang, bulatkan lagi kemas. Susun atas dulang pembakar. 3. Panaskan oven pada suhu 160C, bakar selama 15 - 20 minit. 4. Angkat & biarkan suam, salutkan dengan bahan2 C. Simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba !! Sumber : Resepi Ummi

Biskut Snow White

Imej
Hari nie Sis akan share resepi biskut Snow white.. hehehe ble la korang try nanti.. Sedap gilak Nak..memang Rugi la klu x Cuba..tahun yg sudah pun sis buat dapat pujian k,kembang setaman jap,hahaha.. BTW bukan nak terima pijian pun,dah memang biskut ni sedap so Sis share utk tahun ni la pulak Check it out.. BISKUT SNOW WHiTE BAHAN-BAHANNYA: 150 gm mentega 5 gm tepung ubi 2 biji kuning telur 100 gm yang telah dibakar dan dikisar halus 300 gm gula kastor 1 cawan serbuk roti CARA-CARA MEMBUAT BISKUT SNOW WHITE: Seperti biasa la kan kalau buat biskut nie dah tentu la pukul mentega dengan gula. Pukul sehingga putih gebu macam snow white. Kemudian masukkan telur, tepung dan serbuk badam. Kacau sekali lagi sehingga adunan menjadi doh. Canai di atas papan dan tekapkannya mengikut acuan kegemaran anda. Masukkan ke dalam oven suhu 180 C selama 25 minit. Setelah masak keluarkan dan biarkan sejuk seketika. Sementara itu cairkan coklat masak dan celupkan seteng...

Biskut Nestum Kelapa Ranggup

Imej
Assalamualaikum.. morning.. Arini buat biskut kelapa nestum..kelapa kering tu saya sangai sekejap..try buat 2 adunan je dulu.. Wangi je bau kelapa.. Biskut Nestum Kelapa Ranggup Bahan2 (1 adunan) nak tambah adunan doublekan shj bahan2.. Majerin (1 cwn) Gula icing (1cwn) Esen vanila (1tutup) Kuning telur(1bj) Tepung gandum(2cwn) Tepung jagung (1wn) Tepung kastard (1sb) Kelapa kering disangai(1cwn) Nestum (1cwn) Sy tekap je guna acuan sng.hehe..bakar pd suhu 170c dlm 20-25mnt..ikut oven masing2 Sumner : norliyana rosli Selamat mencuba..

Biskut Mazola Badam

Imej
Masa untuk menikmati, Ranggup dan wangi badam satu rumah๐Ÿฅฐ Biskut mazola badam 600 gm tepung gandum 250 gm gula icing 100 gm badam hancur( di sangai....blend separa hancur utk rsa crunchy) 1 sudu teh baking powder 1/4 sudu bicarbonate Minyak jagung (1½ cawan +1-2 sudu besar ikut kelembutan adunan..) Gaul semua bahan .. lepas tu letak minyak sedikit demi sedikit. Terap ikut acuan yang korang suka, klu boleh guna yg comel kecik je, Biskut ni boleh Naik gebu dan ranggup... Sapu telur dan tabur badam dan bijan hitam untuk hiasan dan rasa yg lebih sedap. Ok gaiss jika korang rasa blog ini bermanfaat sila bantu klik Follow,like,share dan tinggalkan positif komen,  Support anda amat² dihargai.. Selamat mencuba. 

Tart Epal/Apple Hijau

Imej
Assalamualaikum.. Wahh dah berapa hari x update Blog All maklum sis sibuk berkung fu di dapur๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Ni pasal hari ni sis ada resepi Baru So ambil kesempatan buka blog ni OK langsung saja check resepi kat bawah๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡                  TART EPAL/APPLE HIJAU Tart epal hijau.Dengan inti epal wow mesti Cuba ya.. DOH TART 2 SUDU BESAR SUSU PEKAT SECAWAN BUTTER (Guna yg salted) 2 SUDU MINYAK SAPI 3½ CAWAN TEPUNG GANDUM 2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG 2 SUDU BESAR TEPUNG KASTARD SEBIJI KUNING TELUR PEWARNA HIJAU EPAL Mula-mula,kacau butter dengan susu pekat.Pakai senduk je.kacau sampai sebati sahaja.Jangan kacau lama nanti doh kembang time bakar.Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla.Kacau lg sampai sebati kemudian tambahkan tepung jagung,tepung kastard Dan tepung gandum.Gaul hingga jadi doh. ๐ŸINTI EPAL HIJAU๐Ÿ 10 BIJI EPAL HIJAU SEBATANG KULIT KAYU MANIS 2 CAWAN GULA HALUS PEWARNA HIJAU Buang kulit epal,kemudi...

Red Velvet Cookies Cip

Imej
Malam² Semerbak rumah bau wangi biskut ni. Red Velvet cookies chip ,buat banyak mana pun tak pernah bertahan lama...sekejap jer Licin.. Hari tu dah share Resepi ni tapi tu version Mentega so Kali ni kita guna Butter la Pulak,Saya memang suka klu biskut guna Butter tau..wangi gilak,siapa setuju silakan Komen ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Saya share resepinya☺ ๐Ÿ’‹Red VELVET COOKIES CHIP Bahan²nya: ๐Ÿ‘‡ ๐ŸŒป-1cwn gula perang ๐ŸŒป-1cwn butter ๐ŸŒป-1cwn myk masak ๐ŸŒป-1bj telor ๐ŸŒป-1/2 sudu teh esen vanilla ๐ŸŒป-1sudu bsr golden syrup ( x letak pun xpe tp klau letak lg sedap) ๐ŸŒป-1sudu teh cream of tartar(letak nk BG crunchy biskut tu,xnk letak pun xpe) ๐ŸŒป-1sudu teh baking powder ๐ŸŒป-4cwn tpg gandum ๐ŸŒป-2sudu besar susu tepung ๐ŸŒป-2sudu besar serbuk koko ๐ŸŒป-sedikit pewarna merah ๐ŸŒป-secubit garam ๐ŸŒป-1cwn badam hancur - digoreng Tanpa minyak ๐ŸŒป-1cwn coklat chip ๐ŸŒป-1cwn coklat rice Cara²nya: ๐Ÿ‘‡ ๐ŸŒป-kacau butter bg lembut  Pakai senduk jer...tak yah sado² sampai gebu,kita nk buat cookies bkn ...

Biskut Cip Coklet Minty Pudina

Imej
Sebelum tidur sempat ketik N3 lagi.. Awal tidur hari ni sbb esok kan puasa so tidur la awal hihihi..Esok nak masak weii Mau masak apa esok?? Nnt kita fikir² dulu.. Then klu sempat sis kongsi N3 sahur 1 ok Hahaha..belum apa² da ada tajuk N3 utk esok haduiii Lupakan dulu Ni mau share Resepi terakhir utk hari ni, Yg belum pernah sis buat dan dlm perancangan Biskut Raya dalam balang,hahaha.. Dah buat kita share N3 Ok jom tengok Resepi.. Biskut Cip Coklet Minty Pudina Bahan-Bahannya: 1 Cwn Mentega (lembut pada suhu bilik) 1 ½ Cwn Gula Pasir 2 Biji Telur 1 biji kuning telur 1 Sudu kecil ektrak Pepermint (boleh guna esen atau perisa pepermint jg) Sedikit pewarna hijau muda 3 ¼ Cwn Tepung gandum 2 sudu kecil Baking Powder 1 sudu kecil Baking Soda 1 sudu kecil cream of Tartar ½ sudu kecil garam 1½ Cwn Cip Coklet Cara-Caranya: 1. Putar mentega bersama gula sehingga lembut,lebih kurang 3 minit. 2. Masukkan telur dan kuning telur ...

Biskut Batang Buruk Ori

Imej
Assalamualaikum.. Hari ni ada satu lagi Resepi mau share.. Resepi yg satu ni memang dah lama x makan,tapi ni memang tabik spring la siapa yang Rajin jer sanggup buat, Resepi ni kalau buat memang akan rasa puas hati sebab ni Edisi Original Batang Buruk banding popia k Ok check it out๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡ BISKUT BATANG BURUK Bahan-bahan : 500g tepung gandum 250g tepung beras 2 cawan santan @ 1 biji kelapa 500g kacang hijau 350g gula (kisar) 3 biji telur Minyak untuk menggoreng Cara penyediaan: 1. Masak santan sehingga mendidih. Kemudian sejukkan. Ketepikan. 2. Kisar kacang hijau sehingga halus, kemudian campurkan dengan gula. Ketepikan. 3. Gaul tepung dengan santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli. 4. Canai nipis dan potong ikut saiz 3cm x2cm.  5. Masukkan campuran gula serta kacang hijau kemudian gulung. 6. Adunan sedia untuk digoreng. Selamat mencuba.. Rasa rasa mau buat ka x tahun ni.. Kita tunggu update sis๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Biskut Kelapa Rangup

Imej
Assalamualaikum... Ketik² Hp x tersengaja terkeluar idea mau share Resepi Biskut kelapa Rangup x tipu memang Rangup sedap Tahun lalu aku dah buat, myb tahun ni buat lagi..๐Ÿ˜… Biskut Kelapa Rangup Bahan-Bahan: 250 gram mentega 80 gram (2/3 cawan) tepung jagung, diayak 250 gram (2 cawan) tepung naik sendiri, diayak 120 gram (kurang sedikit 2/3 cawan) gula kastor 2 biji telur kuning 2 sudu teh pandan paste 1/2 sudu teh esen pandan 80 gram (1 cawan) kelapa kering, kisar halus Kelapa kasar untuk hiasan Telur putih untuk hiasan Ceri merah untuk hiasan (optional) Coklat cair untuk hiasan (optional) Cara Penyediaan: Putar mentega dan gula sehingga sebati, cukup sehingga mentega bertukar menjadi kuning pucat. Masukkan kuning telur, esen pandan, pandan paste, dan pewarna hijau. Putar sehingga sebati. Jika anda menggunakan mixer, pastikan mengacau di bahagian bawah mangkuk mixer dengan spatula supaya adunan betul-betul sebati. Masukkan kelapa kering yang diki...

Biskut Red Velvet

Imej
Hujan Rahmat di petang hari Assalamualaikum Semuanya.. Amboii petang² ni di limpahi hujan Rahmat  Semoga Rezeki kita mengalir seperti Air hujan yg deras petang ni..mata ngantuk di surong bantal aku x tidur lagii ngopii Min kaffe mata jdi segar bungar jadinya..selamat bertemu kembali di blog aku yg x seberapa nii๐Ÿ˜‚ Kali ini aku mau kongsi lgi Resepi N3 yg belum terupdate dlm blog aku ni,ok let check it out.. Biskut Red Velvet Bahan-bahan: 1 1/2 cawan tepung serbaguna 1/3 cawan serbuk koko 1 sudu kecil baking soda 1/2 sudu kecil baking powder 1/2 sudu kecil garam 1/2 cawan mentega - dilembutkan 3/4 cawan gula perang 1/4 cawan gula 1 biji telur 1 1/2 sudu kecil esen vanila 2 sudu besar pewarna merah 1 1/2 sudu besar susu 1 cawan coklat cip putih Cara membuatnya: - Campurkan tepung serbaguna, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam, kacau sebati. Ketepikan. - Pukul mentega sehingga kembang, kemudian masukkan gula perang dan gula ...

Biskut Sarang Semut

Imej
Assalamualaikum.. Dah lama x bersiaran Blog banyak habuk๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Selamat menjalani cabaran 2019 Masih belum terlambat kan๐Ÿ˜‚ Mentang² dah nak Raya baru muncul Sorry ๐Ÿ™๐Ÿ™sangat² tetiba aku terlupa email blog That why hilang,Alhamdulillah dah sattle Ok.. x nak byk cakap kita terus saja Di perkongsian resepi Untuk perkongsian pertama di 2019 Ummi pilih Biskut Sarang Semut Sangat senang utk kita buat dan bahan² pun x banyak ok check it out๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡ BISKUT SARANG SEMUT 1 buku butter 1 cawan gula (saya guna 3/4cawan je) 1 cawan tepung custard* 1 cawan tepung jagung* 3 cawan tepung gandum* 1 sdk esen vanilla 1 biji kuning telur Papercups Choc rice (Ayakkan semua bahan tanda *) Cara: 1. Pukul butter + gula hingga putih. 2. Masukkan telur & esen vanilla. 3. Masukkan tepung sikit demi sedikit hingga dapat adunan yg sempurna. 4. Parutkan ke dalam papercups. 5. Taburkan choc rice. 6. Bakar suhu 150C 20mins. Korang terus je sagat guna parutan Chess...

Biskut Tart Nenas

Imej
Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. belum tidur lagi kerr? Sis pun belum tidur lagi tau..  Masih rancak otak ni beputar² banyak idea bebenor, menaip-naip & memikirkan ada banyak lagi N3 yang belum di update,fikir2 mau masukkan last N3 Biskut raya untuk malam ni, Biskut ni memang ramai pengemarnya walau pun dah ketinggalan dari segi rupa๐Ÿ˜… tahun ni mcm² variasi rupa bentuk kejadiannya cukup menggugat jiwa ku tetapi sis masih guna yg bentuk ni jg ๐Ÿ˜… Yg penting Rasanya tetap sama dan meletop... Biskut yang berintikan isi nenas ni satu ketika dulu sewaktu mula2 berjinak membiskut memang menjadi idaman sis tau.. Masa first time mula² cuba buat mmg x sangka menjadi dengan jayanya,siapa x suka kn๐Ÿ˜ Biskut paling wajib dalam balang Raya sis ni, kalau x da.. maka x lengkap la raya,๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚  Cerita punya cerita mata pun da naik menggantuk mulut pun dah mengguap-guap hey... nampak gayanya harus di percepatkan urusan taip menaip ni, kalau x tergendala lah lagi... ok jom s...

Biskut Ulat Bulu

Imej
Assalamualaikum Biskut kelima pilihan sis ialah Biskut Ulat Bulu.. yang ini memang sangat famouse di Sabah  kalau dulu.. time beraya kemana mana saja rumah, benda hijau ni la yg habis dulu,tu cerita duluuu.. Cerita sekarang agak banyak juga biskut2 yg di reka selari dengan arus kemodenan semasa..sampai ummi pun x tersempat mau mencuba resepi biskut2 yg baru ni, insyallah.. kalau dah cuba resepi biskut baru ummi akan update lg resepinya, so kita menjelajah dulu ke zaman kegemilangan Biskut ni.. Biskut Ulat Bulu Bahan-bahan 300gm t. gandum 150gm t.jagung 50gm susu tepung( Biasa saya guna nespray) 180gm minyak sapi       100gm mentega 100gm gula icing Perisa pandan hijau Buah kurma yg dipotong memanjang, lebih kurang 6 hirisan drpd 1 biji buah kurma (Boleh jg guna jem kurma, tp, agak leceh utk dibentuk) Castor sugar (Hiasan..tabur diatas biskut) Cara-cara; Putar gula icing & mentega hingga sebati. Kemudian masukkan minyak sapi, peris...

Biskut Cerelac

Imej
Assalamualaikum... Selamat pagi semua.. salam 1 Malaysia kepada pengunjung blog walau di mana berada,terima kasih kerana sudi menjengah ke blogku yg x seberapa ini,di harap dapat memenuhi keinginan yg di cari... Baik lah..seperti malam kelmarin masih lagi di N3 tertunggak aktiviti membiskut bulan ramadhan yg belum di update,biskut pilihan yg keempat Biskut Cerelec Pertama kali ummi buat terus jatuh chinta.. pastinya bukan pada rupa tapi pada rasa rangup lemak² gitu.. hancur di mulut, waduh waduhh..enak sekali di tambah dgn aroma cerelac yg membuatkan keenakkan nya menyerlah,eshhh.... memang kalau mkn mau lagi dan lagi... x caya.. arh jom cuba Buat๐Ÿฅฐ Resepi Biskut cerelac Bahan-bahan 1 kg tepung gandum 1 bungkus tepung kanji (starch/tepung ubi kayu) = 400g 1 cwn setengah gula halus 1 buku butter = 250g 500gm minyak Sapi  Susu Nespray Untuk salut luar biskut:  1 cawan Nestum Beras Cerelac (tin warna biru) + 1/2 cawan susu nespray (gaulkan) Cara-cara: ...

Biskut Almond London

Imej
Assalamualaikum.. Kita terus saja ke pilihan biskut seterusnya yg ketiga,biskut Almond London ini mesti ada...memang menjadi kegemaran anak2 dan saya sendiri tau.. Setiap tahun biskut ni mesti ada kalau x da macam x lengkap nahh merajuk mak budak๐Ÿ˜… Jadinya Biskut Wajib ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Ok check it out.. Almond London Bahan² (150 biji) 250g mentega 125g gula halus 1 biji telur 1 sudu teh esen vanila 50g serbuk badam (optional) 200g tepung jagung} 300g tepung gandum} 1 sudu besar tepung beras} 1 sudu teh baking powder}-ayak bersama 200g kacang badam, digoreng tanpa minyak 50g badam cincang untuk hiasan +/- 700g cokelat compound Cara; 1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.    Masukkan serbuk badam.Kacau. 2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata. 3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya. 4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilense...

Biskut Bangkit Cheese

Imej
Assalamualaikum ... Kepada semua pengunjung blog ku yg sudi bertandang ke teratak buruk ku ini mohon maaf banyak2 dari hujung rambut sampai hujung kaki kerana tuan empunya blog ni sejak bulan ramadhan hingga syawal x dapat memuatkan N3, bercuti panjang gamaknya entah ke mana la...merajuk membawa diri ke?? Apa yg ku merepek ni,hahaha... Sebenarnya x la merajuk dan x la ke mana2 pun,cuma kesibukan diri dengan tanggungjawab lebih di utamakan... lebih2 lg kena bulan ramadhan dan bulan syawal dah le lemas banyak la pulak kerja mau di buat, hahh ambik kau.... Btw...cerita bulan ramadhan dan bulan syawal dah pun berlalu tp rasanya x done la kalau x di jadikan cerita,so..untuk pembuka seri bulan september ni ummi nak masukkan entry2 yg tertunda bermula dari Biskut2 yang telah Ummi pilih untuk raya tahun ni. Pilihan kedua Ummi ialah Biskut Bangkit cheese,biskut ni memang da ada sejak dulu2 lg tp dah di modenkan dengan penambahan cheese yg memang semua org sedia maklum memang ramai ...

Biskut Snow Almond

Imej
Assalamualaikum.. Salam Ramadhan dan salam satu Malaysia... Di kesempatan ini Ummi mau mengambil kesempatan mengucapkan selamat menunaikan rukun islam ke 3 semoga kita diberikan kekuatan sepanjang ramadhan tahun ini. Sepanjang Ramadhan ni sudah tentu lah kaum Wanita terutamanya Surirumah sibuk memanjang dengan aktiviti2 didapur mana mau menyiapkan juadah untuk berbuka,ada yang sibuk untuk jualan Bazar,ada yang sibuk membuat sample biskut untuk kengkawan,dan pastinya bertarawih di surau atau masjid,Pastinya aku juga tidak ketinggalan turut sibuk... Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini aku juga turut tidak melepaskan peluang menunaikan puasa dan mengambil peluang yang ada untuk memperbaiki diri semoga Allah saja yang maha mengetahui atas setiap apa yang hambanya lakukan. Hari ke 3 Ramadhan aku hanya berbuka ala kadar je minum air putih dan makan sebiji kurma yang penting je dan terus makan malam,hidangan x sempat snap gambar sbb rasanya x perlu,cuma N3 bulan ramadhan k...