Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

SAMBAL BILIS KERING RANGGUP CARA BUAT MUDAH DAN TAHAN LAMA.

Imej
 Assalamualaikum gaiss  Punya lama tidak menaip,sibuk lah memanjang biasa lah tuntutan kerja dan masa.. apa lgi semasa covid 19 sepanjang 2 tahun macam² emosi di sana, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,thank you ya Allah kerana menjaga kami sekeluarga, Aaminn ya Rab  Ok gaiss lanjut hari ni curi masa untuk berkongsi resepi yg lagi Viral ni, sempat masukkan dalam idea Bisnes vendor sis😅 laku keras tau.. Alhamdulillah. Sambal Bilis Kering Ranggup ni sedap di makan bersama Nasi panas², makan bersama bubur, mee goreng atau makan begitu saja,memang sedap gaiss  nak buat pun senang, bahan² pun tak banyak,so let check resepinya gaiss SAMBAL BILIS KERING RANGGUP Ranggup,Masin,manis dan pedass Bahan bahan ; Bilis Sederhana besar 350g Popia 1 pek kecil Bawang putih 20 ulas  Chili kering bulat 70gm Chili kering keriting 100gm Minyak utk mengoreng 300g Garam 10g Aji no moto 10g Gula 250g Kiub bilis 1  (Boleh pakai tumex atau secukup rasa 10g) Ok gaiss cara prosesnya korang boleh semak Video

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Imej
  Assalamualaikum korang...  weiii resepi Sedap weii😆 Aduiii Chip more betul lah.. winduu da nak tulis² resepi ni, macam lama tak menulis kan 🤣 Resepi ni aku dah cuba, memang dijamin banyak peminat and yang tukang jual Biskut Raya tu dijamin Laku keras !!  I tell you.. memang Tak rugi belajar Resepi ni. Tengok gambar pun dah menyelerakan🤤 Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Bahan-bahan : 250g buttercup atau boleh guna planta 1 cawan gula icing (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja) 1 sudu kecil esen vanila 3/4 cawan tepung jagung 2 cawan tepung gandum Cornflakes secukupnya ( sis letak dalam 3 cawan, kasi ramas² bagi hancur kasar sikit ye) Chocolate chips Chocolate rice (optional) Almond cincang (optional) Cara-cara: • Kacau sebati butter, gula icing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang. • Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik. • M