Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

 


Assalamualaikum korang... 
weiii resepi Sedap weii😆

Aduiii Chip more betul lah.. winduu da nak tulis² resepi ni, macam lama tak menulis kan 🤣

Resepi ni aku dah cuba, memang dijamin banyak peminat and yang tukang jual Biskut Raya tu dijamin Laku keras !! 
I tell you.. memang Tak rugi belajar Resepi ni.

Tengok gambar pun dah menyelerakan🤤





Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips


Bahan-bahan :

250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula icing (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( sis letak dalam 3 cawan, kasi ramas² bagi hancur kasar sikit ye)

Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)

Cara-cara:

• Kacau sebati butter, gula icing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.

• Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.

• Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.

• Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah janji sedap..

• Jarakkan adunan sebab takut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.

• Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).

* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepas tu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

* Kalau tak suka manis manis, boleh kurangkan sukatan gula aicing jadi 3/4 cawan ye.

Gaiss kalau korang rasa blog ni bermanfaat utk korang boleh follow,like,share dan jomen ya.. Selamat mencuba😋


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Biskut Cerelac

IKAN SIAKAP GORENG BERLADA

Biskut Ulat Bulu

Kuih Makmur

Biskut Cip Coklet Minty Pudina

kek Lapis Blueberry Kukus

Biskut Almond London

Biskut Tart Nenas

TURUN BERAT BADAN TANPA TAHAN LAPAR,TANPA UBAT DENGAN THERAPANT- INSTANT RESULT📌

Biskut Nestum Kelapa Ranggup