Catatan

Tunjukkan catatan dari 2024

SEMPERIT 3 BAHAN

  Hanya guna 3 bahan & masak guna dapur gas je pun dah jadi semperit. Dgn syarat jgn derhaka resepi 😇 Bahan-bahan semperit: ✅1 paket tepung jagung brand 350 gram, ✅1/2 cawan susu pekat ✅1 cawan planta Cara-cara membuat adunan semperit: 1. Kacau planta dengan susu pekat. Kemudian masukkan tepung jagung dan uli manja menggunakan tangan sahaja. 2. Jika adunan masih lembik, tambah tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak keras dan tidak terlalu lembik. Cara bakar guna dapur gas: 1. Ambil kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Pastikan penutup kuali ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan masak sekata. 2. Tak perlu letak air dalam kuali kerana sudah ada pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut. 3. Sebelum mula membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 minit. Kemudian barulah letak dulang untuk membakar biskut. 4. Tidak perlu sapu minyak pada dulang biskut. Gunakan api paling kecil sep