SEMPERIT 3 BAHAN

 



Hanya guna 3 bahan & masak guna dapur gas je pun dah jadi semperit. Dgn syarat jgn derhaka resepi πŸ˜‡


Bahan-bahan semperit:
✅1 paket tepung jagung brand 350 gram,
✅1/2 cawan susu pekat
✅1 cawan planta

Cara-cara membuat adunan semperit:
1. Kacau planta dengan susu pekat. Kemudian masukkan tepung jagung dan uli manja menggunakan tangan sahaja.

2. Jika adunan masih lembik, tambah tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak keras dan tidak terlalu lembik.

Cara bakar guna dapur gas:
1. Ambil kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Pastikan penutup kuali ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan masak sekata.

2. Tak perlu letak air dalam kuali kerana sudah ada pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
3. Sebelum mula membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 minit. Kemudian barulah letak dulang untuk membakar biskut.

4. Tidak perlu sapu minyak pada dulang biskut. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.

5. Masa membakar mengikut jenis biskut. Contohnya biskut semperit ambil masa 15 minit sehingga kekuningan.

Credit NorizaAwangHamat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Biskut Cerelac

IKAN SIAKAP GORENG BERLADA

Biskut Ulat Bulu

Kuih Makmur

Biskut Cip Coklet Minty Pudina

kek Lapis Blueberry Kukus

Biskut Almond London

Biskut Tart Nenas

TURUN BERAT BADAN TANPA TAHAN LAPAR,TANPA UBAT DENGAN THERAPANT- INSTANT RESULTπŸ“Œ

Biskut Nestum Kelapa Ranggup