Kuih Kaswi Pandan Lemak

Assalamuaalaikum..


Petang² ni mau buat apa untuk berbuka puasa??
tak tau nak buat kuih apa? Cubalah resepi ni.. simple lagi menyelerakan!


KASWI PANDAN LEMAK




Bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan (3 helai)
3/4 cawan gula pasir
1/2 st air kapur sireh
1/2 st garam
1 biji telur
pewarna hijau
1 cawan kelapa parut (putih sahaja) + secubit garam - digaul

Cara:
1. Kacau sebati tepung gandum, tepung ubi kayu dan gula bersama air pandan dan telur. Selepas itu campurkan ke semua bahan2 yang lain. Kacau hingga tidak bergentel kemudian tapis.
2. Seterusnya, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di sapu sedikit minyak (saya alas dengan plastik sahaja), jangan tebal sangat dalam 3cm cukup.
3. Kukus hingga masak dalam 20 - 25 minit. Bila telah sejuk, boleh potong dan golekkan dalam kelapa parut yang telah dicampur dengan garam.

Sumber: Resepi kuih Kaswi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Biskut Cerelac

IKAN SIAKAP GORENG BERLADA

Biskut Ulat Bulu

Kuih Makmur

Biskut Cip Coklet Minty Pudina

kek Lapis Blueberry Kukus

Biskut Almond London

Biskut Tart Nenas

TURUN BERAT BADAN TANPA TAHAN LAPAR,TANPA UBAT DENGAN THERAPANT- INSTANT RESULT๐Ÿ“Œ

Biskut Nestum Kelapa Ranggup