Karipap Pusing
Petang yang ceria..
Assalamualaikum,
Petang petang ni pekena karipap dengan minuman panas sedap jg ni hahh
Mata yang ngantuk pun terus segar kan
Ok sepetang ni sis mau share Resepi karipap pusing suka ka edok..
Ok check it out..
Bahan Kulit Luar:
350g tepung gandum
30g butter
3/4 cawan air
1/2 sudu teh garam
Cara-Caranya:
Gaulkan tepung dengan butter, satukan garam kedalam air. Masukkan air kedalam tepung sedikit demi sedikit, uli hingga sebati hingga menjadi doh lembut. Bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama.
Bahan Kulit Rapuh (dalam):
150g tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
75g butter
Cara membuat kulitnya:
Satukan tepung,gaul dengan butter hingga menjadi doh. Bahagikan kepada 4 bahagian yang sama.
4 bahagian doh luar (putih) dan 4 bahagian doh dalam (kuning)
Bahan2 Inti pilihan kentang:
1kg kentang - dipotong dadu
2 labu bawang besar - dipotong dadu
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
3 sudu udang kering*
(*di kisar halus)
Rempah kari 4 sudu besar
(kalau nak pedas, bolehlah ditambah cili blend)
Garam, serbuk perasa dan sesudu gula
Air (perlu banyak - 3/4 liter atau lebih)
Cara-Caranya:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan masukkan rempah kari, goreng hingga naik bau dan masukkan air,masukkan kentang dan bawang serta air. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak hingga kering.
Nota:
Resepi untuk inti ini hanya sebagai asas saja. Boleh dipelbagaikan dengan menambahkan daging atau ayam dan juga daun sup untuk menambahkan kesedapan inti.
Terpulang kepada kepelbagaian masing2
Jangan gunakan mesin mee untuk meleperkan doh,hasil pusingannya tak berapa cantik.
Masa menggoreng. jangan goreng terlalu lama, nanti kulit karipap akan keras.
Selamat mencuba...

KARIPAP PUSING

Ulasan