Biskut Snow Almond

Assalamualaikum..


Salam Ramadhan dan salam satu Malaysia...

Di kesempatan ini Ummi mau mengambil kesempatan mengucapkan selamat menunaikan rukun islam ke 3 semoga kita diberikan kekuatan sepanjang ramadhan tahun ini.

Sepanjang Ramadhan ni sudah tentu lah kaum Wanita terutamanya Surirumah sibuk memanjang dengan aktiviti2 didapur mana mau menyiapkan juadah untuk berbuka,ada yang sibuk untuk jualan Bazar,ada yang sibuk membuat sample biskut untuk kengkawan,dan pastinya bertarawih di surau atau masjid,Pastinya aku juga tidak ketinggalan turut sibuk...

Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini aku juga turut tidak melepaskan peluang menunaikan puasa dan mengambil peluang yang ada untuk memperbaiki diri semoga Allah saja yang maha mengetahui atas setiap apa yang hambanya lakukan.

Hari ke 3 Ramadhan aku hanya berbuka ala kadar je minum air putih dan makan sebiji kurma yang penting je dan terus makan malam,hidangan x sempat snap gambar sbb rasanya x perlu,cuma N3 bulan ramadhan kali ni hanya untuk pilihan resepi Biskut Raya,insyallah Entry2 lain akan di sambung selepas raya kalau x da halangan...hu..hu..hu.

Ok lah mari tengok N3 yang dah aku pilih...

Resepi Biskut pertama tahun ini x perlu di terangkan,mesti ramai yang dah tahu dan dah pernah makan,
ada yg dah pernah buat dan ada jg mungkin x pernah lg membuat biskut ni,kenapa???
X tau resepi ke.. atau memang dah buat tp x jadi².. pls don't give up, trying agian,practice make perfect..Semangat ๐Ÿ’ช

khas kepada pengunjung blog ku yang belum lagi pernah membuat biskut ini dan begitu setia berkunjung ke blog ku sila memcuba resepi ini memang berbaloi...

Biskut Snow Almond





Bahan-bahan ( 100 biji )

Bahan A
150gm mentega
30gm shortening
100gm gula kaster
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh emplek                  

Bahan B
200gm tepung red rose
60gm tepung jagung
30gm nestum (dikisar halus)
3 sudu besar susu tepung

Cara-caranya:

Satukan bahan A dan pukul hingga sebati. Masukkan bahan B dan uli sebati sehingga menjadi doh.
Canai dan terap dengan acuan bulat berlubang. Bakar pada suhu 150c selama 20 minit. Sejukkan.
Celup biskut dgn coklat putih yang dicairkan secara double boiler. Taburkn dgn gula manik,
Biar coklat beku baru di simpan di dalam bekas.

                        ...Selamat mencuba...


Sumber: Citarasawan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Biskut Cerelac

IKAN SIAKAP GORENG BERLADA

Biskut Ulat Bulu

Kuih Makmur

Biskut Cip Coklet Minty Pudina

kek Lapis Blueberry Kukus

Biskut Almond London

Biskut Tart Nenas

TURUN BERAT BADAN TANPA TAHAN LAPAR,TANPA UBAT DENGAN THERAPANT- INSTANT RESULT๐Ÿ“Œ

Biskut Nestum Kelapa Ranggup