Biskut Almond London

Assalamualaikum..

Kita terus saja ke pilihan biskut seterusnya yg ketiga,biskut Almond London ini mesti ada...memang menjadi kegemaran anak2 dan saya sendiri tau..

Setiap tahun biskut ni mesti ada kalau x da macam x lengkap nahh merajuk mak budak๐Ÿ˜…

Jadinya Biskut Wajib ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Ok check it out..


Almond London







Bahan²

(150 biji)
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama
200g kacang badam,
digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound


Cara;

1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
   Masukkan serbuk badam.Kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering. Siap disimpan.

Selamat mencuba.

Sumber : Nizamadey 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Biskut Cerelac

IKAN SIAKAP GORENG BERLADA

Biskut Ulat Bulu

Kuih Makmur

Biskut Cip Coklet Minty Pudina

kek Lapis Blueberry Kukus

Biskut Tart Nenas

TURUN BERAT BADAN TANPA TAHAN LAPAR,TANPA UBAT DENGAN THERAPANT- INSTANT RESULT๐Ÿ“Œ

Biskut Nestum Kelapa Ranggup