Biskut Kelapa Rangup

Assalamualaikum...


Ketik² Hp x tersengaja terkeluar idea mau share Resepi Biskut kelapa Rangup

x tipu memang Rangup sedap
Tahun lalu aku dah buat, myb tahun ni buat lagi..๐Ÿ˜…





Biskut Kelapa Rangup


Bahan-Bahan:

250 gram mentega
80 gram (2/3 cawan) tepung jagung, diayak
250 gram (2 cawan) tepung naik sendiri, diayak
120 gram (kurang sedikit 2/3 cawan) gula kastor
2 biji telur kuning
2 sudu teh pandan paste
1/2 sudu teh esen pandan
80 gram (1 cawan) kelapa kering, kisar halus
Kelapa kasar untuk hiasan
Telur putih untuk hiasan
Ceri merah untuk hiasan (optional)
Coklat cair untuk hiasan (optional)



Cara Penyediaan:

Putar mentega dan gula sehingga sebati, cukup sehingga mentega bertukar menjadi kuning pucat.
Masukkan kuning telur, esen pandan, pandan paste, dan pewarna hijau. Putar sehingga sebati. Jika anda menggunakan mixer, pastikan mengacau di bahagian bawah mangkuk mixer dengan spatula supaya adunan betul-betul sebati.
Masukkan kelapa kering yang dikisar, diikuti tepung jagung dan tepung gandum.
Kacau sehingga mendapat doh yang lembut. Tambahkan sedikit tepung jika doh agak lembik, tetapi jangan terlebih tepung.
Rehatkan doh selama 10-15 minit.
Canai doh dan terap mengikut acuan pilihan anda. Sapu bahagian atas dengan telur putih dan taburkan dengan kelapa kering. Boleh juga ditelangkupkan bahagian atas biskut di dalam bekas yang ditaburi kelapa kering. Hiaskan dengan ceri (jika suka).
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit.


Tips:

Jika anda ingin hiaskan dengan cairan coklat, biskut hendaklah dibakar dan disejukkan terlebih dahulu. Coklat perlu dicairkan dengan menggunakan kaedah double boiler. Masukkan coklat cair dalam piping bag dan potong muncung beg sedikit sahaja.


Selamat mencuba..


Sumber : Iresepi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Biskut Cerelac

IKAN SIAKAP GORENG BERLADA

Biskut Ulat Bulu

Kuih Makmur

Biskut Cip Coklet Minty Pudina

kek Lapis Blueberry Kukus

Biskut Almond London

Biskut Tart Nenas

TURUN BERAT BADAN TANPA TAHAN LAPAR,TANPA UBAT DENGAN THERAPANT- INSTANT RESULT๐Ÿ“Œ

Biskut Nestum Kelapa Ranggup