kek Lapis Blueberry Kukus

Assalamualaikum...

Kembali bersiaran,pastinya semua sudah pun makan tengahari,masak apa hari ni???
Seperti biasa sebagai seorang surirumah tanggungjawab memasak adalah menjadi keutamaan dan setiap hari ada saja resepi google2 gitu...

Btw cerita hari ni bukan mau cerita pasal menu tengahari tapi mau sambung update kek lapis lagi,jom lihat resepi....

Kek Lapis Blueberry Kukus



Bahan-bahan:
225gm mentega
5 biji telur gred A
1/2 cwn gula halus
1 sudu makan ovalette
1 tsp esen vanila
1/2 tin susu pekat
1/2 cwn tepung hong kong
4 tsp pes blueberi
1 tsp pewarna ungu

Cara membuat:
1.Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.
2.Pukul mentega dengan gula sehingga berkrim.
2.Kemudian masukkan esen vanilla.Pukul sehingga kembang.
3.Kemudian masukkan gula dan ovalette ke dalam adunan.
4.Seterusnya masukkan telur satu persatu ke dalam adunan tadi.
5.Masukkan susu pekat sedikit demi sedikit ke dalam adunan kemudian kacau.
6.Masukkan tepung hong kong sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
7.Bahagi adunan kepada dua bahagian.
8.Satu bahagian campurkan 4 tsp pes blueberi,manakala satu lagi adunan asli.
9.Lenserkan Loyang 8" x 8" bersama kertas minyak.
10.Masukkan 4 sudu makan adunan ke dalam Loyang dan ratakan.(yg ni tergantung pada tebal mana adunan yg anda kehendaki)
11.Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus..
selang selikan warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.
8.Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir

Selamat mencuba...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Biskut Cerelac

IKAN SIAKAP GORENG BERLADA

Biskut Ulat Bulu

Kuih Makmur

Biskut Cip Coklet Minty Pudina

Biskut Almond London

Biskut Tart Nenas

TURUN BERAT BADAN TANPA TAHAN LAPAR,TANPA UBAT DENGAN THERAPANT- INSTANT RESULT๐Ÿ“Œ

Biskut Nestum Kelapa Ranggup