kek Lapis Asam Manis

Assalamualaikum...

Sejak beberapa hari ni.. line punya la lidut, wifi 1 malaysia pun dah terputus di kawasan  perumahan ni entah apa2 lah penyebabnya???bengang...
habis tergendala semua rancangan ku mau mengupdate N3 yg tertangguh beberapa hari ni,tambah bersarang la blog ni,mkn kek sarang semut lagi baguss😅

Di dalam kebosanan menunggu akhirnya..
baru kena on wifi 1 malaysia ni, apa lagi.. tanpa membuang masa aku pun cepat2 mengupdate kerja yg telah beberapa hari tergendala,kesian betul la aku ni nak guna broadband x mampu guna apa yang ada je la...

Hari ni aku mau masukkan N3 kek lapis pula,alahh kek lapis yg famous amos tu...pssst kek lapis sarawak mari...

Tekstur kek yg lembab dan rasa lemak2 manis berkrim,mmg x hairan la begitu ramai penggemarnya,di tambah lg dgn beraneka warna dan perasa mmg x tahan daku...

Jom korek resepi hari ini ^_^..

Kek Lapis Asam Manis



bahan-bahan : loyang 8" x 8" x 3"


10 biji telur A
300g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah ditimbang)
500g mentega berkualiti/pure creamy butter
1 sudu besar ovallete
75ml air sejuk (dari peti ais)
1 sudu kecil esen vanilla
100g gula kastor
300g susu pekat manis
haw slice/ hawflake secukupnya
2 sudu besar pes pandan cap Koepoe-Koepoe(boleh juga menggunakan pes pandan jenama lain)
sedikit pewarna kuning telur (DJ menggunakan pewarna Star Brand)

cara-cara :

Pukul telur, gula, esen vanilla, air sejuk, tepung biskut marie dan ovallete hingga kembang.
 Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Putar sebati dengan menggunakan kelajuan paling minima.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Lebihkan sedikit untuk adunan kuning. (bubuh pes pandan dan pewarna kuning)
Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180-200C atau mengikut kepanasan suhu oven masing-masing. Sediakan loyang yang telah disapu mentega dan dialaskan dengan kertas minyak/baking paper.
Masukkan 7 sudu besar adunan untuk lapisan kuning ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian grill/bakar sehingga keperangan (lebih kurang 5-7 minit). Setelah masak, keluarkan dari oven. sekiranya lapisan nampak tidak sekata, tekankan perlahan-lahan dengan alat penekan kek. Setelah itu, tuangkan lagi adunan kuning dan ratakan. Buangkan gelembung/bubble jika ada atau hentak-hentakkan sedikit loyang tersebut sehingga bubble pecah dan adunan nampak licin. Barulah dimasukkan semula ke dalam oven dan bakar hingga perang. (ini untuk memastikan kek tidak berlubang-lubang dan lapisannya cantik sekata)
Buat lagi untuk lapisan kuning hingga menjadi 3 lapisan. Untuk lapisan yang ketiga, susunkan kepingan hawflake secara rawak atau mengikut citarasa. Kemudian bakar hingga perang(x perlu ditutup dengan adunan). Kemudian masukkan lapisan hijau dan ulangi proses hingga habis.

(PASTIKAN ADUNAN SENTIASA DIKACAU SEBATI DENGAN SENDUK/SPATULA/SUDU SEBELUM MELAPIS)

Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja sehingga habis. (Jika kek kurang masak, bakar untuk keseluruhan dengan memnggunakan api atas dan bawah selama 7-10 minit dengan suhu 140C-160C)
Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong. Untuk menyimpan lebih lama, balutkan kek dengan plastik dan simpan di dalam bekas kek. Kemudian disejukkan ke dalam peti sejuk.


Ini adalah contoh cara2 cik Dayangjack melapis kek asam manis. Kalau tak silap menggunakan loyang 10 inci. Adunan 9 sudu besar utk setiap lapisan.

Nota :

***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust sendiri.

***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak. (keliling loyang BOLEH DISAPU ATAU TIDAK DISAPU dengan mentega)

***Setiap kali menggunakan telur, pastikan dibuang tali pusatnya agar kek tidak berbau hanyir telur.

***sukatan gula mengikut citarasa masing2 ye. Kalau suka manis, letaklah dlm 150g. Kalau tak suka manis, bolehlah dikurangkan ke 100g shj.

***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Cow Head, Anchor dsbnya (DJ kurang gemar menggunakan Buttercup)

***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya.

***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama.

***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan permukaannya dgn jem atau mentega.

Kerja melapis ni perlu ada kesabaran dalam diri kalau x ada alamatnya kek lapis tu langsung x nampak macam kek lapis,kalau gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya tapi perlu la di cuba lagi,berkat kesabaran dan yakin diri akan membuahkan hasil yg positif.

Selamat mencuba...

Sumber : DayangJack@DapurKu SaYang

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Biskut Cerelac

IKAN SIAKAP GORENG BERLADA

Biskut Ulat Bulu

Kuih Makmur

Biskut Cip Coklet Minty Pudina

kek Lapis Blueberry Kukus

Biskut Almond London

Biskut Tart Nenas

TURUN BERAT BADAN TANPA TAHAN LAPAR,TANPA UBAT DENGAN THERAPANT- INSTANT RESULT📌

Biskut Nestum Kelapa Ranggup