Biskut Bangkit Cheese

Assalamualaikum...

Kepada semua pengunjung blog ku yg sudi bertandang ke teratak buruk ku ini mohon maaf banyak2 dari hujung rambut sampai hujung kaki kerana tuan empunya blog ni sejak bulan ramadhan hingga syawal x dapat memuatkan N3, bercuti panjang gamaknya entah ke mana la...merajuk membawa diri ke??

Apa yg ku merepek ni,hahaha...


Sebenarnya x la merajuk dan x la ke mana2 pun,cuma kesibukan diri dengan tanggungjawab lebih di utamakan...

lebih2 lg kena bulan ramadhan dan bulan syawal dah le lemas banyak la pulak kerja mau di buat, hahh ambik kau....

Btw...cerita bulan ramadhan dan bulan syawal dah pun berlalu tp rasanya x done la kalau x di jadikan cerita,so..untuk pembuka seri bulan september ni ummi nak masukkan entry2 yg tertunda bermula dari Biskut2 yang telah Ummi pilih untuk raya tahun ni.

Pilihan kedua Ummi ialah Biskut Bangkit cheese,biskut ni memang da ada sejak dulu2 lg tp dah di modenkan dengan penambahan cheese yg memang semua org sedia maklum memang ramai penggemarnya,rasanya yg rapuh dan cair di mulut serta aromanya yg wangi cukup membangkitkan keenakkan rasa biskut ini...

Resepi2 biskut ni ummi ambil dari beberapa blog dan ummi panjangkan di blog ummi sebagai rujukan anak2 dan pengunjung blog ummi,semoga Allah saja yg dapat membalasnya dan bertambah la rezeki kamurang,mmg ummi berkenan sesangat,mari la kita nengok resepinya.^_^

Bangkit Cheese


                                                          

BAHAN2:  
       
250g Mentega
180g Gula Aising
2 Kuning Telur
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min
225g Tepung Jagung
1/2 st BP
1/4 st Garam
70g Parutan Keju Cheddar
Sedikit Paruan Keju - utk hiasan

CARA2:

1. Pukul Mentega & Gula sehingga sebati.
    Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.
    Masukkan bahan2 kering.
2. Canai & terap.
    Sapukan kuning telur di permukaan biskut.
    Tabur parutan keju atas setiap biskut.
    Bakar 160C 15-20 min.
3. Biarkan biskut sejuk sepenuhnya di atas redai.
    Susun biskut dalam bekas yang kedap udara untuk       tahan lama keranggupannya.


    Selamat mencuba...


Sumber: Secubit garam       






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Biskut Cerelac

IKAN SIAKAP GORENG BERLADA

Biskut Ulat Bulu

Kuih Makmur

Biskut Cip Coklet Minty Pudina

kek Lapis Blueberry Kukus

Biskut Almond London

Biskut Tart Nenas

TURUN BERAT BADAN TANPA TAHAN LAPAR,TANPA UBAT DENGAN THERAPANT- INSTANT RESULT๐Ÿ“Œ

Biskut Nestum Kelapa Ranggup