RED VELVET CAKE CHEESE CREAM WITH FONDANT

Assalamualaikum..

Alhamdulillah di berikan kesihatan yg baik, dapat lah menyambung next N3 


Tentu ada pengunjung blog yg mau tau.. kek apa yg sis buat sempena mothers day hari tu kn... klu d kedai2 bakery mmg x da la dapatnya kek semacam tu๐Ÿคญ 
Limited edition baitu..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚











Saya memilih untuk membuat kek lain dr pada yg lain so ...saya memilih utk membuat kek red velvet dr blog kak ita,

Jom lah tengok resepi yg saya kongsikn kpd pengunjung blog kali ini...

Resepi ni saya copy paste je dgn gambarnya sekali dari kak ita,saya mmg suka sangat masuk blog kak ita kerana gambarnya yg cantik dan banyak resepi yg pelbagai,minta izin share di blog saya ya...supaya dpt saya pjgkn ilmu yg saya dpt ni,semoga bertambah2 la pahala kak ita di akhirat kelak



RED VELVET CAKE

Bahan2                                         
1 1/4 cup tepung - guna tepung kek
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah - guna 1 1/2 sudu kecil
57 gm butter tampa garam
3/4 cawan gula - guna gula kastor
1 biji telur - guna gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk - guna susu segar (boleh + 1/2 sudu jus lemon)
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda


Caranya:

Panaskan oven pada suhu 175C atau bergantung pada jenis oven. Ita guna 165C. QH guna 150C.
Dalam satu bekas ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
Dalam satu mangkuk yg kecil, satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste. Ita tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.
Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan. 
Masukkan telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.
Masukkan esen vanila dan campuran koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dgn buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung (tepung, susu,
tepung, susu dan akhir tepung).
Dalam satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul kan sempurna dgn spatula.                    
QH bahagikan adunan kepada 3 dan dibakar berasingan.
Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang. QH guna loyang bersaiz 18cm (7inci)
Bakar pada suhu 150C selama 20 minit atau sehingga masak. QH guna api atas bawah
Setelah kek masak, sejukkan dahulu atas redai hingga ia benar2 sejuk.


Sapukan Cream Cheese ke atas kek.
Simpan dalam peti sejuk sebentar hingga cream cheese keras sedikit.
Keluarkan dan deco lah kek dgn baki cream cheese mengikut creativiti anda.
Untuk cream QH menggunakan Non Dairy Whipping Cream…QH buat ikut cara Kak Azlita seperti di bawah ni…

                 



Untuk creamnya pula ita gunakan NonDairy Whipping Cream jenama Rich kotak warna biru. Sukatannya pula 2 cawan non dairy cream campur dengan 1 cawan susu. Kalau tak suka susu boleh gantikan air atau jus. Tapi pastikan jus tu tak de warna sebab nanti tak dapat pula warna putih.

Selepas tu pukul adunan ini dengan mixer pada speed sederhana hingga ia kental. Jangan terlebih pukul tau! janji ia nampak lembut. kalu terbalikkan bekas tu dia tak jatuh.

Kalau nak gunakan buttecream pun boleh atau apa-apa cream lain yang dirasakan sesuai dan menepati selera 


CREAM CHEESE FROSTING

Bahan2
125g cream cheese
50g butter tampa garam
110g gula icing - boleh kurangkan
1 cwn fresh cream - pukul hingga kaku


Caranya:

Pukul cream cheese dgn butter sehingga lembut.
Turunkan speed mixer kepada kelajuan rendah dan masukkan gula icing sedikit2 sehingga bergaul sempurna.
Campurkan whipped cream yg telah kaku tadi dan gaul dgn spatula.

*Adunan cream Cheese Frosting ni
agak lembik. Jadi ita tambahkan sedikit creamwell untuk memudahkan mendeco atas kek.

Selamat mencuba...

Sumber : Kak Azlita (Masam Manis)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Biskut Cerelac

IKAN SIAKAP GORENG BERLADA

Biskut Ulat Bulu

Kuih Makmur

Biskut Cip Coklet Minty Pudina

kek Lapis Blueberry Kukus

Biskut Almond London

Biskut Tart Nenas

TURUN BERAT BADAN TANPA TAHAN LAPAR,TANPA UBAT DENGAN THERAPANT- INSTANT RESULT๐Ÿ“Œ

Biskut Nestum Kelapa Ranggup