Coklet indualgent

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah dengan izinnya dapat lah kita bersua kembali.. tapi bukan face to face cuma di muka buku ruangan blog ku...hihuu

Tanpa melengahkn masa mari kita tgk
Resepi bertuah kali ini,wallaaa...

kek coklet indualgent ba itu.. 

Rami yg dah pernah makan kn.. ada yg x pernah makan?? Kek ni paling favorite tau.. sebelum² ni makan di SCR je, tp kali ni dah cuba² jinak Buat sendiri
                                                               
Kek ni mmg sedap!!  klu mkn mesti teringat-ingat dan nak lagi... rasa coklet yg mewah dan lapisan dlm yg moist, erm x boleh nak Cerita.. bg yg belum pernah merasa cuba lah, I tell u mesti akan jadi salah satu favorite kek korang๐Ÿ˜ yg MAMPU boleh makan kat SCR Tp yg x MAMPU better cuba buat sendiri dan makan puas² Lagi berbaloi pada harga..

 
Cerita punya cerita,mengalir air liur๐Ÿ˜…
Ok la mari kita tengok resepi di bawah..

Untuk resepi ini saya cuma copy paste dari blog kak yati,izinkn saya panjangkn resepi ini kat blog saya ya...

Kek coklet indualgent



Sumber : Saya olah resepi kek span dari Blog Kak Yati

Bahan-bahan (kek):

150g tepung naik sendiri
5 biji telur
80ml minyak jagung/butter yang dicairkan  120ml susu coklat
150g gula halus
1 1/2 sudu besar ovellete
2 sudu besar cappucino emulco
3 sudu besar serbuk koko


Cara-cara:

Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovellete dan pukul lagi hingga gebu dan ringan.
Masukkan minyak jagung, putar perlahan. Masukkan pula susu dan cappucino emulco. Apabila sebati,
masukkan tepung dan serbuk koko. Pukul perlahan hingga sebati.


*kalau boleh gunakn loyang swiss roll supaya senang masak dan menjimatkn masa...
                                                         
panaskan oven kira-kira 10 minit  dan bakar kek kira-kira 10 minit gunakan loyang swiss roll bersaiz  10 in x 12 in x 1 in . bakar lah dalam dua loyang, so bila dipotong dua,boleh dapat 4 keping kek


Bahan-bahan white choc filling:

100g compund white chocolate(saya gunakan brand Berry's)
150g butter
2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream (saya  gunakan brand Rich)


Cara-cara:

-Cairkan coklat secara double boiler dan ketepikan.
-Pukul whipping cream hingga                kembang. Pastikan whipping cream TIDAK mencapai suhu bilik semasa diputar. Jangan terlebih pukul kerana suhu whipping cream yang semakin menurun, akan menyebabkan  ianya overmixed dan akan menjadi berketul.
-Pukul telur dengan butter hingga kembang.
-Masukkan kuning telur dan pukul lagi.              
-Masukkan coklat dan kacau sebati.  Akhir sekali masukkan whipping
cream dan kacau rata.


Bahan-bahan untuk dark chocolate filling:

100g compund dark chocolate
saya gunakan brand Berry's)
150g butter
2 biji telur gred A (saya cuma gunakan 2 egg yolk saja)
100g gula halus
250g non dairy whipping cream(saya gunakan brand Rich)

Caranya sama dengan kaedah penyediaan white chocolate filling,


Bahan-bahan untuk ganache:

300g dark chocolate (Jika tidak menggunakan chocolate coins, pastikan coklat dipotong kecil untuk memudahkan ia larut dengan cepat)
300g non dairy whipping cream
25g butter


Cara-cara:

Masak whipping cream hingga timbulbuih-buih kecil.
Masukkan butter kacau perlahan.
Masukkan chocolate dan kacau hingga tiada lagi ketulan coklat dan coklat telah mencair sepenuhnya.


Cara untuk assemble kek:

Potong kek menjadi 4 keping.
Letak sekeping kek di atas kek plate. Sapukan white choc filling, anggaran 1/2 daripada adunan. Ratakan. Letak lagi sekeping kek dan sapu pula dengan dark chocolate filling. Ulang hingga lapisan kek habis dan sapukan kek dengan baki dark chocolate  filling. Sejukkan dalam peti ais hingga betul-betul set sebelum dicurahkan dengan ganache.
Kek-white choc-kek-dark choc-kek-white choc-kek-dark choc-ganache. Siap!


Ganache:

500g cooking chocolate, dicincang
400g whip cream
2 sb butter, suhu bilik

                                                     
Cara2 membuat ganache:

1. Panaskan krim hingga berbuih pada tepi2 periuk. Matikan api.

2. Tuang krim atas coklat yang dicincang. Biarkan sebentar & gaul rata hingga coklat cair sepenuhnya.

3. Masukkan butter, gaul rata. Tutup guna plastic wraper & simpan dalam peti sejuk hingga pekat &       konsistensinya sesuai untuk disapu,Sejukkan kek selama 1 jam supaya coklat mengeras baru
dipotong. Boleh hiaskan ikut kreativiti yg anda suka.

 

Jemput makan,ha..tgk je la klu nak merasa sedap ke x buat sendiri...

Malas..silakan tempah๐Ÿ˜…

Semoga berjaya...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Biskut Cerelac

IKAN SIAKAP GORENG BERLADA

Biskut Ulat Bulu

Kuih Makmur

Biskut Cip Coklet Minty Pudina

kek Lapis Blueberry Kukus

Biskut Almond London

Biskut Tart Nenas

TURUN BERAT BADAN TANPA TAHAN LAPAR,TANPA UBAT DENGAN THERAPANT- INSTANT RESULT๐Ÿ“Œ

Biskut Nestum Kelapa Ranggup