Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019

Sambal ikan Bilis dan Petai

Imej
Assalamualaikum... Raya dah Habis..Kembali berAksi😂😂 Time² tengah menulis ni hujan,sejuk.. tetiba teringin pulak mau makan pedas²🤤 Nyaman ehhh Terus terlintas ini dlm kepala.. Bah jom bersilat di dapur. Sambal ikan Bilis dan Petai Bahan bahan: 1 mangkuk ikan bilis Petai secukupnya 1 mangkuk cili kering - dikisar 3 biji bawang besar 1 labu bawang putih Sedikit halia - opsyenal 1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa) 2-3 sudu besar gula Garam Cara cara: Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan. Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan. Nota: Sambal mesti ada rasa manis mani

Lemang Kukus

Imej
Assalamualaikum.. Rabu 5hb kita Raya horeyyy dah plan ker mau masak apa Raya pertama ni??Sis Raya pertama memang WAJIB kena masak la.. Raya tahun² sis sambut kat rumah mak sbb suami kan bangsa cina so x da istilah gaduh nak beraya kat rumah mak ka mentua.. hahh kelass kan tiap tahun Sis Ranking Raya kat Rumah mak sendiri,hihihii Lagi satu kenapa perlu masak Raya pertama?? Well Raya pertama tu adalah Rumah Terbuka bg kami sbb org² kampung yang menziarah kubur akan singgah Rumah kami dulu..so adalah kesempatan nak buat Rumah terbuka di hari pertama..sbb satu kali kerja dan makanan pun masih banyak hihuu Ok² x payah bebel panjang, Sis mau Share idea..   Lemang Kukus. Hahh cara baru nak buat lemang Tapi nak senang jerr Kalau x da buluh boleh la guna Tin dan masak cara kukus hihii Ni bg yg tinggal area bandar dah tentu la tiada buluh kann so tercetus la idea sebegini rupa..hahaha..guna je la apa yang ada. Bahan untuk lemang - Tin aluminium (sardin / minuman

DURIAN CREPE

Imej
Bila aku Craving nak makan durian Crepe😅 Halah..halahhh Steatment nda boleh blah😂😂 Dah lama pun x buat,arh jom main tepung.. Check Resepi.. DURIAN CREPE (Step by Step untuk yang baru nak berjinak dlm membuat DC ni dan untuk memudahkan rakan2 mempelajarinya) Kulit/crepe (18-20  keping ) **Kalau nak byk boleh doublekan sukatan 1 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar tepung jagung 1 sudu besar tepung ubi kayu 1 sudu besar tepung ubi kentang 1 sudu besar tepung kastard 1 1/2 sudu besar tepung hong kong  sedikit garam 2 sudu besar gula icing 2 biji telur saiz B 1 sudu besar minyak jagung 3/4 cawan air (210ml) 1/2 cawan susu segar (130ml) sedikit esen vanila beberapa titik pewarna kuning@ jenis serbuk isi sikit je ye Filling Kastard + Durian 2 sudu besar gula 20 gm tepung kastard 250 ml susu segar 2 biji kuning telor isi durian yang dihancurkan Filling Whipping Cream 500gm whipping cream 2 sudu besar gu

Biskut Snow White

Imej
Assalamualaikum.. Sibuk la memanjang .. Al maklum dah la puasa² ni mood kelaut😅 Tapi menyempat la jg buat Biskut utk Raya ni..kalau x buat nak hidang apa org datang nak beraya😂😂 Nak Biskut tunjuk bukan x da budget tp kureng la pulak rasa x menepati Rasa..sis suka hidang apa yg sis rasa sedap..kena dgn tekak sis so kira berbaloi la kan sambil menyelam minum air.. Ok x yah cerita pjg check resepi👇👇 Biskut Snow White Bahan A 250 gm Butter/mentega 1 sd makan shortening 100gm gula kastor nak manis boleh guna 150gm 1 sdk esen kopi (kalau tak ada..tukar ke vanilla pun boleh) 1 bj kuning telur Bahan B 2 Cwn tepung gandum 30 gm nestum [kisar] 3 sd makan coffeemate (akak guna susu tepung jer) 30 gm tepung ubi 30 gm serbuk badam Bahan Hiasan/ serbuk roti putih [breadcrumb], coklat masakan Cara-cara:- 1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata. 2. Satukan kesemua bahan B dan masukka

Kuih Makmur

Imej
Resepi turun temurun Kalau x da x sah Raya.. Resepi x hilang di telan zaman,terbaik Check It out.. Kuih makmur Bahan A : 1 kg tepung gandum, digoreng tanpa minyak hingga gebu 400g minyak sapi Bahan B : 500g kacang tanah, di goreng & di tumbuk kasar 200g gula kaster C 200g susu tepung 250g gula aising Cara² : 1. Satukan bahan A hingga menjadi doh. 2. Dalam bekas lain, satukan pula bahan B. Bentukkan bulat doh tadi, leperkan sedikit, masukkan sedikit inti kacang, bulatkan lagi kemas. Susun atas dulang pembakar. 3. Panaskan oven pada suhu 160C, bakar selama 15 - 20 minit. 4. Angkat & biarkan suam, salutkan dengan bahan2 C. Simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba !! Sumber : Resepi Ummi

Biskut Snow White

Imej
Hari nie Sis akan share resepi biskut Snow white.. hehehe ble la korang try nanti.. Sedap gilak Nak..memang Rugi la klu x Cuba..tahun yg sudah pun sis buat dapat pujian k,kembang setaman jap,hahaha.. BTW bukan nak terima pijian pun,dah memang biskut ni sedap so Sis share utk tahun ni la pulak Check it out.. BISKUT SNOW WHiTE BAHAN-BAHANNYA: 150 gm mentega 5 gm tepung ubi 2 biji kuning telur 100 gm yang telah dibakar dan dikisar halus 300 gm gula kastor 1 cawan serbuk roti CARA-CARA MEMBUAT BISKUT SNOW WHITE: Seperti biasa la kan kalau buat biskut nie dah tentu la pukul mentega dengan gula. Pukul sehingga putih gebu macam snow white. Kemudian masukkan telur, tepung dan serbuk badam. Kacau sekali lagi sehingga adunan menjadi doh. Canai di atas papan dan tekapkannya mengikut acuan kegemaran anda. Masukkan ke dalam oven suhu 180 C selama 25 minit. Setelah masak keluarkan dan biarkan sejuk seketika. Sementara itu cairkan coklat masak dan celupkan seteng

Nasi Kerabu

Imej
Assalamualaikum.. Time puasa² ni mesti kepala blurr fikir nak masak APA hari ni kann So admin share la Resepi Nasi Kerabu ni.. Mana la tau kann ada yg rajin kedapur nak Cuba Resepi Baru pembuka selera, Kalau malas Sgt admin Rajin nak masak So siapa nak boleh her terus Beli kat admin😂 OK let check Resepinya.. RESEPI NASI KERABU Sambal tumis:- *7-8 ulas bwg merah *4-5 ulas bwg putih *15 tangkai cili kering *sedikit halia 2 cwn santan pekat 1 keping gula melaka saiz kecil 2-3 btg serai 2 keping asam 3 sudu budu (x nak letak pun xpe) Gula & garam secukup rasa 2helai daun limau purut 1-blend semua bhn btanda *..tumis hingga naik bau 2-masukkn sdkt air..santan..asam keping..budu..serai..daun limau..gula & garam secukup rasa...masak hgga pecah minyak. Sambal kelapa:- 7-8 ekor ikan sardin di rebus ambil isinya 1 biji kelapa parut 4-5 btg serai - di hiris halus 6-7 biji bwg merah Sedikit halia 1 keping gula melaka kecik - di tumbuk Garam + gul

Biskut Nestum Kelapa Ranggup

Imej
Assalamualaikum.. morning.. Arini buat biskut kelapa nestum..kelapa kering tu saya sangai sekejap..try buat 2 adunan je dulu.. Wangi je bau kelapa.. Biskut Nestum Kelapa Ranggup Bahan2 (1 adunan) nak tambah adunan doublekan shj bahan2.. Majerin (1 cwn) Gula icing (1cwn) Esen vanila (1tutup) Kuning telur(1bj) Tepung gandum(2cwn) Tepung jagung (1wn) Tepung kastard (1sb) Kelapa kering disangai(1cwn) Nestum (1cwn) Sy tekap je guna acuan sng.hehe..bakar pd suhu 170c dlm 20-25mnt..ikut oven masing2 Sumner : norliyana rosli Selamat mencuba..

Nasi Ayam Hainan

Imej
Alahaii sibuk memanjang .. Assalamualaikum.. Bulan puasa ni dah start enjin buat Biskut Raya tu yang tengelam timbul😂😂 Mana mau fikir buat juadah buka puasa lagik.. N3 Kali ni Sis mau share Resepi Nasi Ayam la pulak simple lengkap semua hado..tak payah fikir mau masak itu ini lgi.. OK Check Resepi..                      NASI AYAM HAINAN  Utk nasi ... 4 pot Beras (cuci bersih) 5 ulas bwang putih (tumbuk) 3 kiub ayam knor (ramas hancur) 2 hlai daun pndan (dsimpul) 1 sup bonjot 2 bunga cengkeh 1 kayu manis 2 sdm mentega 1 btg serai (dtitik) Halia (tumbuk) Air scukupnye ~basuh beras sperti biasa...tos...ktepikan dulu ~pnaskan kuali...masukan mentega..tunggu cair...masukan bahan tumbuk, sup bonjot, serai, bunga cengkeh dan kayu manis....tumis semua sampai naik bau... ~masukan beras...gaul rata dlm kuali slama lbih kurang 8 mnit...alihkn ke dlm periuk nasi... ~tuangkan air scukupnye (mgikut sukatan beras yg dgunakan)..masukn daun pndan dan kiub a

Biskut Mazola Badam

Imej
Masa untuk menikmati, Ranggup dan wangi badam satu rumah🥰 Biskut mazola badam 600 gm tepung gandum 250 gm gula icing 100 gm badam hancur( di sangai....blend separa hancur utk rsa crunchy) 1 sudu teh baking powder 1/4 sudu bicarbonate Minyak jagung (1½ cawan +1-2 sudu besar ikut kelembutan adunan..) Gaul semua bahan .. lepas tu letak minyak sedikit demi sedikit. Terap ikut acuan yang korang suka, klu boleh guna yg comel kecik je, Biskut ni boleh Naik gebu dan ranggup... Sapu telur dan tabur badam dan bijan hitam untuk hiasan dan rasa yg lebih sedap. Ok gaiss jika korang rasa blog ini bermanfaat sila bantu klik Follow,like,share dan tinggalkan positif komen,  Support anda amat² dihargai.. Selamat mencuba. 

Tart Epal/Apple Hijau

Imej
Assalamualaikum.. Wahh dah berapa hari x update Blog All maklum sis sibuk berkung fu di dapur😂😂 Ni pasal hari ni sis ada resepi Baru So ambil kesempatan buka blog ni OK langsung saja check resepi kat bawah👇👇                  TART EPAL/APPLE HIJAU Tart epal hijau.Dengan inti epal wow mesti Cuba ya.. DOH TART 2 SUDU BESAR SUSU PEKAT SECAWAN BUTTER (Guna yg salted) 2 SUDU MINYAK SAPI 3½ CAWAN TEPUNG GANDUM 2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG 2 SUDU BESAR TEPUNG KASTARD SEBIJI KUNING TELUR PEWARNA HIJAU EPAL Mula-mula,kacau butter dengan susu pekat.Pakai senduk je.kacau sampai sebati sahaja.Jangan kacau lama nanti doh kembang time bakar.Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla.Kacau lg sampai sebati kemudian tambahkan tepung jagung,tepung kastard Dan tepung gandum.Gaul hingga jadi doh. 🍏INTI EPAL HIJAU🍏 10 BIJI EPAL HIJAU SEBATANG KULIT KAYU MANIS 2 CAWAN GULA HALUS PEWARNA HIJAU Buang kulit epal,kemudian blender sampai halus.Masak atas api bersa

PULUT KUNING RENDANG DAGING

Imej
Resepi Pulut Kuning + Rendang Daging Haish.. Jom pekena buka puasa ni.. hehe.. Jarang² di buat myb kos ada mahal sedikit tp x pa la makan sendiri apa mau kira.. Arh jom sekali Cuba resepi ni Mmg terangkatt == Bahan-bahan == ( Rendang ) Daging 1kg Bawang besar 1 biji Bawang putih 5 ulas Cili kering segenggam 1 inci halia 1 inci lengkuas 1 inci kunyit hidup 2 biji buah keras 3 barang serai 3 tbsp kerisik Santan cair 2 cawan 4 helai daun kunyit 5 helai daun limau purut Garam Gula ( Bahan pulut ) Beras pulut Serbuk kunyit Santan Air == Cara-cara == Rendam beras pulut bersama serbuk kunyit 2 jam. Kisar halus bawang, cili kering, halia, lengkuas, kunyit hidup, serai, buah keras bersama air dan minyak. Dalam kuali bersih, masukkan daging dan bahan kisar bersama air. Masak hingga sedikit kering. Kemudian masukkan kerisik, santan dan jugak daun limau purut, daun kunyit yang dihiris halus. Masakkan hingga kering. Perasakan dengan gula dan garam

Red Velvet Cookies Cip

Imej
Malam² Semerbak rumah bau wangi biskut ni. Red Velvet cookies chip ,buat banyak mana pun tak pernah bertahan lama...sekejap jer Licin.. Hari tu dah share Resepi ni tapi tu version Mentega so Kali ni kita guna Butter la Pulak,Saya memang suka klu biskut guna Butter tau..wangi gilak,siapa setuju silakan Komen 😂😂 Saya share resepinya☺ 💋Red VELVET COOKIES CHIP Bahan²nya: 👇 🌻-1cwn gula perang 🌻-1cwn butter 🌻-1cwn myk masak 🌻-1bj telor 🌻-1/2 sudu teh esen vanilla 🌻-1sudu bsr golden syrup ( x letak pun xpe tp klau letak lg sedap) 🌻-1sudu teh cream of tartar(letak nk BG crunchy biskut tu,xnk letak pun xpe) 🌻-1sudu teh baking powder 🌻-4cwn tpg gandum 🌻-2sudu besar susu tepung 🌻-2sudu besar serbuk koko 🌻-sedikit pewarna merah 🌻-secubit garam 🌻-1cwn badam hancur - digoreng Tanpa minyak 🌻-1cwn coklat chip 🌻-1cwn coklat rice Cara²nya: 👇 🌻-kacau butter bg lembut  Pakai senduk jer...tak yah sado² sampai gebu,kita nk buat cookies bkn kek😂 🌻

Puding Ice Cream Oreo

Imej
Terajin la pulak sambil² menunggu waktu berbuka 😂😂 So sis ambil waktu bermanfaat utk share Resepi Ok let check it out👇 Puding Ice Cream Oreo   Bahan - bahan : 25g agar2 bertali ( dipotong kecil2) 1250ml air 1 Tin susu cair 1 cup Gula 1 Sudu teh esen Vanila 1 Biji telur 1 Bungkus Biskut Oreo ( dikisar halus) 1 cup Ice Cream ( 5/6 scoop ice cream) ** apa2 perasa ice cream pun boleh** Cara membuat : Masak Agar2 bertali dengan 1250ml air tadi hingga larut... kemudian masukkan gula...kacau sebati. Blendkan Telur, susu cair , Ice Cream, & Esen Vanila Kemudian satukan dengan adunan agar2 yang dimasak tadi.... Kacau rata , & akhir sekali masukkan Biskut Oreo yang telah dikisar... kacau lagi biar sebati ye...dah sebati, tutup api... Sediakan Loyang... Tuangkan adunan & sejukkan dalam Freezer...dah siap! Selamat mencuba..

Puding Susu Koktail

Imej
Desert Apa hari ini?? Day 2 Binggung mau buat apa?? Cuba buat ni,sedap puas hati... dan senang buat k Puding Susu Koktail Bahan² : Agar-agar Agar2 tali 1pack Air 1000ml + 100ml air buah koktail Susu sejat 1tin Susu pekat 1tin blh kurangkn. Sos 2tin susu sejat 1/2tin susu pekat 4sb gula mgikut citarasa masing2 3cawan air Air buah koktail Secubit Garam *masak sehingga mdidih + **3sb tpg jgung + sedikit air , masukkn dlm sos kacau sebati hingga sedikit pekat. ☺Tambahan Jelly@sumi Nata de coco Buah koktail@laici

Pari Bakar Sambal

Imej
Kebetulan hari ni dapat beli ikan pari Alhamdulullah... So sekalian sis share Resepi   Pari Bakar Sambal Amacam...hihihi.. Bahan-Bahan kan Bakar : 15 btg cili kering ( atau lebih ) potong & rendam 3 biji bawang besar 2 biji bawang putih 1/2 cm belacan 1 biji tomato Kisar semua bahan hingga halus 1/2 kilo ikan pari cuci kemudian salut ngan asam jawa tanpa air,kemudian ikan pari dicuci bersih beberapa helai daun pisang 3 biji atau lebih limau kasturi ( utk perah atas ikan ) Daun ketumbar ( racik kasar ) Garam Bahan Pencicah (Sambal Kicap): Cili padi 5-10 tangkai – Ikut selera 5 ulas bawang putih 1 sudu gula pasir 1 sudu gula merah Garam secukuprasa Serbuk Perasa – Jika suka Sedikit jus limau Cara Membuat Ikan Bakar : 1. Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik minyak. Gaul rata. 2. Masukkan garam dan perasa. Bila dah garing, angkat dan ketepikan. 3. Alas daun pisang diatas alat pembakar. Letak sedikit sambal kemudian letak ikan. tutup ikan d

Nasi Kerabu Biru

Imej
Amboi²... Sedap juga ni,Nak menyediakan bahan pun boleh tahan..mencabar,hahaha... Kali ni sis mau share Resepi Nasi pulak Pilihan Nasi Kerabu,siapp Resepi Nasi Kerabu Biru   (boleh rujuk gambar dan resepi yg disediakan) Bahan Nasi : 3 cawan nasi sedikit pewarna biru (bunga telang malas nak cari penah Nampak) air secukupnya 4 helai daun limau purut di ramas 1 batang serai dititik sedikit garam basuh bersih beras..masukkan air secukupnya mcm nak masak nasi.. kemudian masukkan daun limau purut dan serai serta sedikit garam Sambal tumis  (dimasak lebih awal...belah malam jika nak buat sarapan..lg sedap) 4 biji bawang besar atau 20 biji bawang merah** 3 ulas bawang putih** secekak lada kering direbus dan dibuang bijinya (ikut kepedasan yang ada suka)** sedikit halia** sedikit kunyit hidup** kalau takde gunala kunyit serbuk 1 batang serai dititik budu garam, gula belacan santan pekat sedikit air asam jawa 1/2 cawan minyak masak Kisar bah

Kuih Kaswi Pandan Lemak

Imej
Assalamuaalaikum.. Petang² ni mau buat apa untuk berbuka puasa?? tak tau nak buat kuih apa? Cubalah resepi ni.. simple lagi menyelerakan! KASWI PANDAN LEMAK Bahan : 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung ubi kayu 1 cawan santan 1 1/2 cawan air perahan daun pandan (3 helai) 3/4 cawan gula pasir 1/2 st air kapur sireh 1/2 st garam 1 biji telur pewarna hijau 1 cawan kelapa parut (putih sahaja) + secubit garam - digaul Cara: 1. Kacau sebati tepung gandum, tepung ubi kayu dan gula bersama air pandan dan telur. Selepas itu campurkan ke semua bahan2 yang lain. Kacau hingga tidak bergentel kemudian tapis. 2. Seterusnya, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di sapu sedikit minyak (saya alas dengan plastik sahaja), jangan tebal sangat dalam 3cm cukup. 3. Kukus hingga masak dalam 20 - 25 minit. Bila telah sejuk, boleh potong dan golekkan dalam kelapa parut yang telah dicampur dengan garam. Sumber: Resepi kuih Kaswi

IKAN SIAKAP GORENG BERLADA

Imej
Bulan puasa kan sebulan, Ada satu masa kebuntuhan idea mau masak apa.. Nahh dengan adanya blog ini.. kamu boleh search² resepi kat dalam ni, mana tau ada yg berkenan mau mencuba resepi kan Semoga Blog ini bermanfaat, Hahh ni kali sis mau kongsi masakan la pulak, masak apa hari ni?? Arh jomm check👇👇 IKAN SIAKAP GORENG BERLADA BAHAN -BAHAN : 1 ekor ikan siakap 2 sdm tepung jagung Garam Serbuk kunyit Mnyak utk mgoreng ~cuci siakap dgn air asam jawa...kmudian bilas bersih...tos air....lumurkan dgn garam, serbuk kunyit dan tpung jgung...lumurkan sampai rata ~panaskan minyak...goreng siakap smpai masak..ketepikan dahulu. BAHAN A 1 ulas bawang besar 3 ulas bwang merah 2 ulas bwang putih Halia Serai (dititik) ~blander semua bahan kecuali serai...ktepikan dulu BAHAN B lada besar Cili api (Ikut slera...nak pedas ke tidak) ~tumbuk kasar bahan B...ktepikn dulu BAHAN C ~Bahan Sos sos cili Sos tomato Sos tiram Kicap pekat (1/2 sudu mkn)