Biskut Snow White

Assalamualaikum..

Sibuk la memanjang ..
Al maklum dah la puasa² ni mood kelaut😅

Tapi menyempat la jg buat Biskut utk Raya ni..kalau x buat nak hidang apa org datang nak beraya😂😂
Nak Biskut tunjuk bukan x da budget tp kureng la pulak rasa x menepati Rasa..sis suka hidang apa yg sis rasa sedap..kena dgn tekak sis so kira berbaloi la kan sambil menyelam minum air..

Ok x yah cerita pjg check resepi👇👇


Biskut Snow White



Bahan A

250 gm Butter/mentega
1 sd makan shortening
100gm gula kastor nak manis boleh guna 150gm
1 sdk esen kopi (kalau tak ada..tukar ke vanilla pun boleh)
1 bj kuning telur


Bahan B

2 Cwn tepung gandum
30 gm nestum [kisar]
3 sd makan coffeemate (akak guna susu tepung jer)
30 gm tepung ubi
30 gm serbuk badam

Bahan Hiasan/ serbuk roti putih [breadcrumb], coklat masakan

Cara-cara:-

1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.

2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.

3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.

4. Bakar pada suhu 175'C selama
20 minit.

5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih

Nota : adunan skit...jadi nak banyak doublekan yer

SELAMAT MENCUBA 😄

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Biskut Cerelac

IKAN SIAKAP GORENG BERLADA

Biskut Ulat Bulu

Kuih Makmur

Biskut Cip Coklet Minty Pudina

kek Lapis Blueberry Kukus

Biskut Almond London

Biskut Tart Nenas

TURUN BERAT BADAN TANPA TAHAN LAPAR,TANPA UBAT DENGAN THERAPANT- INSTANT RESULT📌

Biskut Nestum Kelapa Ranggup