Biskut Red Velvet
Hujan Rahmat di petang hari
Assalamualaikum Semuanya..
Amboii petang² ni di limpahi hujan Rahmat
Semoga Rezeki kita mengalir seperti Air hujan yg deras petang ni..mata ngantuk di surong bantal aku x tidur lagii ngopii
Min kaffe mata jdi segar bungar jadinya..selamat bertemu kembali di blog aku yg x seberapa nii😂
Kali ini aku mau kongsi lgi Resepi N3 yg belum terupdate dlm blog aku ni,ok let check it out..
Biskut Red Velvet
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1/3 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan mentega - dilembutkan
3/4 cawan gula perang
1/4 cawan gula
1 biji telur
1 1/2 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar pewarna merah
1 1/2 sudu besar susu
1 cawan coklat cip putih
Cara membuatnya:
- Campurkan tepung serbaguna, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam, kacau sebati. Ketepikan.
- Pukul mentega sehingga kembang, kemudian masukkan gula perang dan gula putih; pukul sehingga sebati dan kembang. Selepas itu, masukkan telur, susu, pewarna merah dan esen vanila, pukul sehingga sebati.
- Masukkan pula campuran tepung dan pukul/uli sehingga sebati. Masukkan coklat cips dan gaul sebati. Tutup bekas dengan plastik wrap dan masukkan kedalam peti sejuk. Sejukkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya 1 jam. Anda boleh simpan doh ini semalaman.
- Panaskan ketuhar pada suhu 175 darjah Celsius. Keluarkan doh dan bentukkan doh kepada bentuk bulat bersaiz 2 inci. Aturkan diatas loyang dan penyetkan sedikit menggunakan tapak tangan.
- Bakar selama 10 minit atau sehingga bahagian tepi biskut mula kelihatan sedikit keperangan.
Pstt : Mentega kamu boleh jg guna Butter jika suka,ofcoz ramai yg suka butter tp klu utk jual better pilihan mentega jerr sbb kosnya murah tpiii kualitinya ok jg
Yg penting ranggup,hancur di mulut
Tipnya satu jerr jgn terlebih masukkn tepung ok
Ok guys Harap kamu boleh guna Resepibyg saya sharekan ni
Selamat mencuba...
Ulasan